TAWAU: Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki menerima akibatnya apabila dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan hari ini.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol mangsa pada 6 April 2021, di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di daerah Semporna.
Mangsa juga telah ditumbuk, ditampar, dicekik di beberapa bahagian tubuh sehingga menyebabkan dia pengsan lalu tertuduh merogol sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di lokasi kejadian.
Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa keesokan harinya setelah penduduk kampung menemui cucunya yang hilang semalaman di lokasi tersebut.
Hasil daripada siasatan lanjut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya menahan tertuduh keesokan harinya.
Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan, kecederaan lebam pada mata, muka, patah pada tulang selangka dan patah gigi, impak dari tumbukan tertuduh.
Kes telah disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan.
Petrus Bernard
Thu Jun 30 2022
Tertuduh telah merogol mangsa di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di daerah Semporna. - Foto Astro AWANI
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bebas dari hukuman penjara atas kesalahan rogol, Dani Alves terima ancaman bunuh
Alves didapati bersalah pada Februari tahun ini dan dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun.
Polis Kelantan buka tujuh kertas siasatan berkait salah laku pegawai, anggota polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
Pelajar Tingkatan Tiga ditahan rogol murid 12 tahun
Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Sarjan disyaki rogol pelajar dibebaskan dengan jaminan polis
Kertas siasatan kes terbabit sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.
Didakwa rogol pelajar Tingkatan Empat, anggota polis ditahan
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.