awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok, arak bernilai RM167,551 dirampas

Radhi Muslim
Radhi Muslim
09/05/2020
00:40 MYT
Rokok, arak bernilai RM167,551 dirampas
Antara rokok seludup yang berjaya dirampas pihak PGA di Beluran pada Jumaat. Foto ihsan PGA
Seorang pengedar rokok seludup yang dipercayai bergiat aktif melakukan pekerjaan itu sejak lebih setahun lalu, akhirnya diberkas dalam satu kejadian di Jalan Simpang, Sapi Nagoh, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 30 tahun diberkas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan.
Pegawai Memerintah Supt Toipi Lamat berkata, ketika ditahan, suspek sedang dalam perjalanan menghantar bekalan rokok seludup dari Telupid ke kedai-kedai di kawasan Sapi Nangoh.
Ketika melalui jalan berkenaan, anggota yang sedang menjalankan risikan mengesan kenderaan suspek dalam keadaan mencurigakan.
“Sebaik diminta berhenti dan diperiksa, anggota bertugas berjaya menemui pelbagai rokok seludup di belakang kenderaan terbabit.
“Turut ditemui, arak yang kita syaki turut diseludup.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek terlepas daripada dikesan sebelum ini kerana menggunakan laluan tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenderaan suspek ditahan kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan. Foto ihsan PGA
Kenderaan suspek ditahan kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan. Foto ihsan PGA
Menurut Toipi, lelaki itu kemudiannya diberkas dan barangan seludup berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM167,551 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#arak
#kastam
#kedai
#laluan tikus
#pengedar
#PGA
#PGA Batalion 15
#rokok
#Sandakan
#Sapi Nangoh
#seludup
#siasatan
#suspek
#Telupid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan