Jika keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disambut baik oleh pengusaha rokok elektronik di negara ini, lain pula nada Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) yang mahu Kementerian memperhalusi rang undang-undang berkenaan rokok elektronik.
Menurut Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah, undang-undang perlu diperketatkan agar peranti berkenaan tidak dijual secara terbuka biarpun ia diberi kebenaran oleh kementerian.
"Kami tidak positif dalam menyokong penjualan peranti ini secara terbuka kepada sesiapa. Kita faham nikotin masih dikawal di bawah Akta Racun, hanya peranti oleh kerana melibatkan keselamatan. Ia perlu melalui satu piawaian kelulusan kepada penguna oleh kerana itu perlu ada kawal selia.
"Mungkin keputusan kerajaan memasukkan kawal selia piawaian dalam akta baharu, tetapi bahan yang digunakan peranti nikotin masih di bawah kawalan Akta Racun. Hanya pihak dibenarkan di bawah Akta Racun adalah doktor, ahli farmasi atau veterinar dibenarkan menjual nikotin.
"Jika dibandingkan dengan beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka telah mengesyorkan penjualan peranti rokok elektronik sebagai peranti perubatan," ujarnya.
Jelas Muhammad, kebenaran hanya perlu diberikan kepada kepada pihak yang berkelayakan.
"Jika peranti ini digunakan untuk alat berhenti merokok, itu adalah satu peranti perubatan. Maka ia harus dibekalkan dan dijual oleh pihak yang mengesyorkan membantu perokok memberhenti rokok.
"Kita tak mahu alasan e-rokok membantu (orang) berhenti (tabiat) merokok, tetapi ia dijual terbuka kepada sesiapa sahaja. Itu bukan cara menggunakan peranti ini, maka ia perlu diperhalusi," katanya.
Kementerian Kesihatan pada Isnin antara lain menjelaskan bahawa rokok elektronik atau vape akan dikawal selia di bawah Akta Kawalan Tembakau.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiapkan rang undang-undang itu dan akan membentangkannya di Parlimen menjelang akhir tahun ini.
Untuk rekod, 5 juta rakyat di Malaysia tergolong sebagai perokok.
Daripada jumlah itu, secara purata sebanyak 10,000 perokok meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat tersebut.
Fareez Azman
Tue Apr 09 2019
Kementerian Kesihatan pada Isnin antara lain menjelaskan bahawa rokok elektronik atau vape akan dikawal selia di bawah Akta Kawalan Tembakau. - Gambar fail
Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan fesyen dalam talian akan dijalankan secara adil - SPRM
SPRM memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.
"Pelaburan yang paling tinggi apa sekarang? Ini semua digital.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan seorang anak muda tentang kerisauan mereka mendapatkan pekerjaan berserta gaji yang lumayan selepas tamat belajar. Beliau memberi saranan supaya mahasiswa perlu belajar bersungguh-sungguh dan bentuk peribadi yang baik.
Umumnya beliau menambah bahawa jumlah pengangguran sekarang adalah sangat rendah tetapi belum memuaskan. Beliau memberitahu bahawa pelaburan yang tinggi kini adalah dalam bidang digital, data center, AI, dan beberapa lagi dan beliau yakin akan melakukan sebaiknya dan menekankan bahawa itu adalah tugas kerajaan.
Umumnya beliau menambah bahawa jumlah pengangguran sekarang adalah sangat rendah tetapi belum memuaskan. Beliau memberitahu bahawa pelaburan yang tinggi kini adalah dalam bidang digital, data center, AI, dan beberapa lagi dan beliau yakin akan melakukan sebaiknya dan menekankan bahawa itu adalah tugas kerajaan.
"Orang muda itu bukan diukur semata-mata dari umur..." - PM
Perdana Menteri menekankan tentang peranan mahasiswa dan anak muda bahawa selain mendapatkan pendidikan dan pekerjaan yang baik, malah tugas mereka juga menjadi suara, juru bicara masyarakat sekelilingnya. Beliau juga menambah bahawa anak muda juga bukan diukur semata-mata dari umur kerana ada orang muda fikirannya tua, moralnya jelik, menjadi perkakas dan alat kepada perasuah dan penindas.
Pilihanraya AS: Pengundi muda masih pertimbang pilihan
Dengan kedua-dua calon presiden dari Demokrat dan Republikan cuba untuk menarik undi golongan belia, ramai yang merasakan kempen pilihan raya semakin bersifat retorik, dan tidak lagi mempercayai media tradisional.
Usahawan muda perlu berani ambil risiko - TPM
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diterjemahkan kerajaan dengan mewujudkan persekitaran bagi membolehkan golongan muda yang berwawasan menyumbang kepada ekonomi negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diterjemahkan kerajaan dengan mewujudkan persekitaran bagi membolehkan golongan muda yang berwawasan menyumbang kepada ekonomi negara.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman X mengarahkan Khazanah Nasional Berhad melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai rm43.9 juta.
Ketua Audit Negara berkuasa terhadap 1,856 GLC, badan lain
Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk GLC, berkuat kuasa pada Jumaat.
Ketirisan subsidi harus ditangani menerusi data tepat DOSM - PM Anwar
Kebocoran atau ketirisan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, harus ditangani menerusi bantuan maklumat dan data tepat yang diusahakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
[TERKINI] PM arah Khazanah Nasional siasat kerugian pelaburan RM43.9 juta
Perdana Menteri arah Khazanah Nasional untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Rokok elektronik: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia tidak positif dengan keputusan KKM?
Undang-undang perlu diperketatkan agar peranti berkenaan tidak dijual secara terbuka biarpun ia diberi kebenaran oleh kementerian.
Rokok elektronik termasuk vape di bawah Akta Kawalan Tembakau, berita baik buat pengusaha?
Jelas Menteri Kesihatan, rang undang-undang itu masih lagi disiapkan sebelum ia dibentang ke Parlimen penghujung tahun ini.