awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok seludup RM39,000 disembunyikan dalam semak dirampas

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
28/01/2022
04:01 MYT
Rokok seludup RM39,000 disembunyikan dalam semak dirampas
Beberapa bungkusan hitam ditemui di dalam semak bawah pokok di Jalan Benteng Kampung Sungai Jambi Laut. - Foto ihsan PGA
BATU PAHAT: 1,500 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM39,000 disembunyikan di dalam semak di Jalan Benteng Kampung Sungai Jambi Laut, Rengit, dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam pada Rabu.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, rampasan dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis di sekitar kawasan itu pada jam 8 malam.
“Beberapa bungkusan hitam di dalam semak bawah pokok di Jalan Benteng Kampung Sungai Jambi Laut, Rengit, ditemukan pada jam lebih kurang 8 malam, kelmarin.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu telah menjumpai 1,500 karton rokok yang dipercayai rokok seludup.
“Susulan itu, pihak polis telah membuat pemerhatian dalam jarak 30 meter dari lokasi rokok ditemui selama 2 jam. Bagaimanapun, tiada kelibat suspek ditemui.
“Anggaran nilai rokok ialah RM39,000 manakala anggaran nilai cukai ialah RM225,900. Ia menjadikan keseluruhan nilai rampasan bernilai kira-kira RM264,900,” katanya menerusi satu kenyataan disini, hari ini.
Menurut Dimin Awang, hasil rampasan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.
Tambahnya, orang awam diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dengan menghubungi talian hotline Pejabat Risik Gerakan Batalion 5 PGA di talian 07-7557280
tamat
Pics ihsan PGA
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#semak
#PGA
#Dimin Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan