awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet: Kenali siapa Amir Hamzah

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
12/12/2023
07:56 MYT
Rombakan Kabinet: Kenali siapa Amir Hamzah
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia korporat.
Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1967, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 2021.
Sepanjang kariernya, Amir yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam sektor korporat pernah menyertai Kumpulan Shell dan menerajui beberapa organisasi korporat lain antaranya MISC Berhad.
Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd selain Naib Presiden (Pemasaran Hiliran) dan Naib Presiden (Perniagaan Pelincir) Petronas.
Amir juga mempunyai pengalaman bertugas dengan syarikat Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) Universiti Syracuse, New York.
Selain itu Amir juga pernah mengikuti program pengajian di Universiti Stanford dan London Business School di United Kingdom.
Malah, individu yang berusia 56 tahun ini juga bukan daripada keluarga yang calang-calang.
Amir adalah anak sulung negarawan yang juga bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.
Pencapaian signifikan yang dibawa oleh beliau dalam menerajui KWSP ketika ini adalah meningkatkan jumlah pendapatan pelaburan kumpulan itu kepada 33 peratus dengan jumlah sebanyak RM47.86 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September lalu daripada RM36.04 bilion, yang dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun 2022.
BACA: Pendapatan pelaburan KWSP meningkat 33% untuk sembilan bulan
Ikuti temu bual khas Astro AWANI bersama dengan Datuk Seri Amir Hamzah bersempena dengan penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022:
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Amir Hamzah
#Ketua Pegawai Eksekutif KWSP
#Kabinet Kerajaan Perpaduan
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan