KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan yang membawa pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang didapati mematuhi semua garis panduan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang ditetapkan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan, sebanyak dua bas terlibat dalam rombongan pada 22 April dan pulang 24 April lepas, yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu.
"Siasatan awal mendapati syarikat penganjur telah mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam prosedur operasi standad (SOP) Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik bagi urusan perjalanan itu.
"Bagaimanapun selepas kembali dari Genting Highlands, terdapat penumpang yang mengalami gejala demam dan telah membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan," menurut kenyataan kementerian itu di sini hari ini.
Pada 7 Mei lepas, pihak KKM telah mengesan 16 individu disahkan positif daripada saringan yang dilakukan ke atas 28 orang daripada kumpulan pelancong itu dan proses pengesanan kontak rapat masih diteruskan oleh Jabatan Kesihatan Alor Setar.
Kenyataan itu turut memaklumkan sumber asal kontak COVID-19 yang berkaitan dengan kes ini masih belum dapat dikenal pasti dan pihak KKM sedang menjalankan siasatan.
Menurut kementerian, KKM serta pihak polis juga telah menghubungi syarikat terbabit untuk siasatan lanjut dan pihak syarikat memberi kerjasama dengan menyerahkan semua dokumen perjalanan, permit, Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) daripada MOTAC serta lain-lain dokumen yang diperlukan.
Sementara itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengingatkan agensi pengendali pelancong serta kenderaan pelancongan agar sentiasa mematuhi SOP aktiviti pelancongan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelancong.
Katanya ia bagi memastikan supaya aktiviti pelancongan yang dilaksanakan mendapat perlindungan yang maksimum agar keselamatan pelancong serta pengusaha industri pelancongan itu sendiri dapat dipelihara.
Kementerian itu turut berharap insiden tersebut tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan dalam sebarang aktiviti pelancongan yang dapat beroperasi kelak setelah kebenaran diberikan oleh pihak kerajaan berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara.
Pada 7 Mei lepas, KKM mengesan kluster baharu melibatkan kluster komuniti di Kota Setar dengan 16 kes positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
MOTAC memaklumkan, dua bas terlibat dalam rombongan ke Genting Highlands pada 22 April itu, yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Gambar fail/ Twitter/ Resorts World Genting
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Mayat ditemui di lereng bukit Genting Highlands
Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands
Kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
Lelaki warga asing pecahkan cermin kereta dicekup
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis dari JSJ Kontinjen Johor sekitar jam 3.30 pagi, Ahad di kawasan Genting Highlands.
Wartawan China berjudi di Genting Highlands, ditipu, pukul, kurung
Seorang wartawan China bukan hanya ditipu, tapi dikurung selepas terperangkap dengan tawaran untuk bermain di kasino di Genting Highlands, Pahang, Disember tahun lalu.
Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Jumaat
2 lelaki didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta.
Curi cip kasino RM4.6 juta: Polis kesan lima lagi suspek, 10 telah ditahan
Polis Pahang menahan 10 suspek termasuk seorang warga China yang berusia antara 30 dan 59 tahun dalam beberapa serbuan.
Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian - LLM
Ujarnya, jalan tersebut merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur Karak (KL-Karak).
Pembinaan plaza tol Genting Highlands tidak libatkan LLM, KKR - Young Syefura
Projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).