awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah bidas tohmahan terhadap PERMATA

Bernama
Bernama
01/12/2013
23:42 MYT
Rosmah bidas tohmahan terhadap PERMATA
Datin Seri Rosmah Mansor di Majlis Perasmian Karnival Horey-Horey Permata 2013 di Dataran Teluk Kemang. --fotoBERNAMA
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membidas tohmahan dan tuduhan segelintir pihak terutamanya pembangkang terhadap pelaksanaan Program Permata yang dakwa mereka sebagai pembaziran.
Rosmah, yang juga Penaung Program Permata, berkata malah ada pihak yang mendakwa program itu dilaksanakan demi keuntungan sendiri yang sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam menyokong sistem pendidikan kebangsaan.
"Sekarang ini sudah kurang sikit kritikan pada saya sebab mungkin pilihan raya sudah habis, tetapi kalau sebelum pilihan raya banyak kritikan saya terima.
"Saya mahu tegaskan di sini bahawa saya memang tidak peduli kritikan dan tohmahan mereka terhadap saya dan program Permata kerana ia kini telah membuahkan hasil dalam memfokuskan pembangunan pendidikan kanak-kanak," katanya semasa berucap merasmikan program Horey-horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, di sini Ahad.
Beliau berkata pelaksanaan program Permata berkembang dengan pesat sejak penubuhannya apabila lima cabang khusus diwujudkan mencakupi potensi kanak-kanak iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan Perkasa Remaja.
Rosmah berkata kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak khususnya agensi pelaksana yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
"Dua lagi program sedang dalam proses pelaksanaan iatu Permata Kurnia bagi kanak-kanak autisme dan Hospital Pakar Kanak-kanak Permata," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan program Horey-horey Permata 2013 pula adalah sebagai platform bagi masyarakat mendekati serta mengenali lebih mendalam tentang fungsi dan peranan pelaksanaan sebenar Program Permata.
Katanya usaha itu bagi memberikan kefahaman serta gambaran sebenar tentang program itu, sekali gus menangkis khabar angin, tuduhan, dakwaan yang tidak benar berhubung Program Permata.
Topic Berkaitan
#Program Permata
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan