awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah

Bernama
Bernama
07/05/2021
13:52 MYT
Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah
Rosmah juga mahu perisytiharan beliau dibebaskan daripada semua tiga pertuduhan, jika mahkamah memutuskan perbicaraan itu silap. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, yang diarah membela diri atas pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi itu terbatal.
Menurut kertas kausa mahkamah yang diperoleh media hari ini, permohonan pembatalan itu berkisar mengenai kesahihan surat pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes itu.
Rosmah, 69, juga mahu perisytiharan beliau dibebaskan daripada semua tiga pertuduhan, jika mahkamah memutuskan perbicaraan itu silap.
Pengurusan kes permohonan itu ditetapkan pada Selasa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang merupakan hakim perbicaraan.
Permohonan itu difailkan berikutan Mahkamah Rayuan pada 8 April lalu membenarkan rayuan Rosmah untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram, selepas pihak pendakwaan bersetuju menyerahkan dokumen itu kepada pihak pembelaan.
Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.
Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya, surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun.
Pada 18 Feb 2021, Hakim Mohamed Zaini mengarahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah dan menetapkan sembilan hari iaitu pada 9, 10, 15, 16, 17, 22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk mendengar keterangan Rosmah dan saksi pembelaan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#perbicaraan
#kes rasuah
#projek hibrid solar
#Sarawak
#Mahkamah Tinggi
#terbatal
#Gopal Sri Ram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan