KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan baharu supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.
Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan itu selepas Mohamed Zaini, hakim yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, telah menolak permohonannya pada 14 Dis.
Peguam Reza Rahim yang mewakili Rosmah memberitahu mahkamah bahawa permohonan terkini itu difailkan semalam pada 5 petang.
"Permohonan terkini itu berdasarkan alasan baharu," katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini hari ini.
Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, sementara menunggu selesai rayuan di Mahkamah Rayuan supaya hakim menarik diri.
Sementara itu, peguam bela Rosmah yang lain, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan memfailkan permohonan baharu untuk membatalkan kelayakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes itu.
Geethan berkata pasukan pembelaan membuat keputusan untuk memfailkan permohonan itu selepas menerima salinan surat pelantikan (fiat) Sri Ram semasa prosiding hari ini.
"Kami mengambil pendirian bahawa jika fiat ini bersifat umum, baiklah, tetapi secara khusus menyebut beliau (Sri Ram) hanya diberi kuasa untuk mendakwa dalam dua kes (dua fail secara kolektif merujuk kepada kes rasuah solar) terhadap anak guam saya.
"Kes (pengubahan wang haram dan pengelakan cukai) yang didengar Yang Arif hari ini tidak dinyatakan di sini," kata Geethan.
Bagaimanapun, Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan membantah permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakannya.
Sri Ram berkata fiat oleh Jabatan Peguam Negara itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah telah memberinya kuasa yang meluas untuk mendakwa dalam mana-mana kes.
"Jika ia tertuduh yang sama, atas alasan yang sama, oleh itu ia adalah satu penyalahgunaan," katanya sambil menambah bahawa percubaan Rosmah sebelum ini untuk melucutkan kelayakannya sebagai pendakwa dalam kes projek solar hibrid telah ditolak oleh hakim Mohamed Zaini dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Dis tahun lepas.
Bagaimanapun, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang juga mewakili Rosmah membantah penggunaan perkataan "penyalahgunaan" oleh Sri Ram dan berkata Sri Ram tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu.
"Hakikatnya, rayuan (ke atas permohonan pertama untuk membatalkan kelayakan Sri Ram dalam kes solar hibrid) kini ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan dan beliau (Sri Ram) tidak sepatutnya menggunakan perkataan penyalahgunaan kerana ini adalah isu undang-undang yang anak guam saya perlu diberi peluang, betul atau salah. Anak guam saya berhak didengar di mahkamah untuk perkara itu didengar semula," kata Firoz.
Mahkamah menetapkan 24 Jan untuk mendengar semua permohonan Rosmah.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022

Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan itu. - Gambar fail

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan beluran
2.3 juta ringgit dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman menerusi elaun ini 300 ringgit akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai
Sebaik menyelamatkan isterinya, adik perempuannya Lee Hui Fen pula lemas kira-kira 10 meter dari lokasi pertama, Jun Suhia kemudian berenang ke arah adiknya namun kedua-duanya tenggelam.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.

Pengunduran Afifi Al-Akiti langkah bertanggungjawab - MB Perak
Keputusan yang dibuat demi menjaga darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.

Jabatan Perhutanan Johor siasat kes pendaki sesat di Gunung Banang Sabtu lepas
Pendaki yang sesat di Gunung Banang dua hari lepas didapati tidak memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal sepertimana yang telah disyaratkan, kata Jabatan Perhutanan Johor.

Pembuat batu nisan maut kemalangan jalan raya
Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian sebelah kiri kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.

Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tun Mahathir dakwa akan disiasat
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.

Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

1MDB: Rosmah nafi terima kalung berlian merah jambu RM97.2 juta
Tindakan mengemukakan invois pada berbicaraan tersebut tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa Rosmah terlibat dalam pembelian kalung berlian merah jambu itu.

1MDB: Rosmah didakwa beli kalung berlian bernilai RM97.2 juta
Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang dicuri daripada skandal 1MDB.

Pembelaan Rosmah dalam kes rasuah hanya penafian semata-mata, kata pendakwaan
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah.