awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rujuk pejabat kadi sebelum anjur aktiviti libat agama, budaya di Johor

Bernama
Bernama
18/02/2023
03:30 MYT
Rujuk pejabat kadi sebelum anjur aktiviti libat agama, budaya di Johor
Untuk rekod, tarian kuda kepang tradisional mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Johor. - Gambar hiasan
MUAR: Umat Islam di Johor dinasihatkan agar merujuk ke pejabat kadi daerah sebelum menganjurkan majlis melibatkan agama serta budaya khususnya aktiviti tradisional yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan seperti persembahan kuda kepang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata semakan perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan usaha untuk memelihara dan memartabatkan kebudayaan menjadi aktiviti yang boleh menjejaskan pegangan agama.
"Galakan untuk merujuk ke pejabat kadi daerah ini bukan hanya melibatkan aktiviti kebudayaan, namun mana-mana pihak atau individu yang mahu mendapatkan penjelasan selanjutnya juga boleh ke pejabat tersebut sekali gus meningkatkan kefahaman mereka.
"Langkah ini bertujuan mengelakkan mereka terlibat dengan perbuatan yang boleh menjejaskan pegangan agama," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri Johor 1444H di Masjid Sultan Ibrahim di sini malam tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri masih dalam peringkat kajian tambahan bagi memperhalus sebarang penganjuran persembahan kuda kepang dengan semakan akhir dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebelum mendapatkan ulasan daripada Jabatan Mufti Johor.
Terdahulu, tular di aplikasi TikTok memaparkan video persembahan kuda kepang dipercayai di negeri ini melibatkan elemen pemujaan dan kerasukan.
Untuk rekod, tarian kuda kepang tradisional mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009.
Sementara itu, Mohd Fared berkata sebanyak 160 masjid dan 140 sekolah agama di negeri ini akan dipasang dengan kemudahan Wi-Fi percuma pada penghujung bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejabat Kadi
#majlis agama
#aktiviti tradisional
#Mohd Fared Mohd Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan