awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, empat buah motosikal musnah dalam kebakaran

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/06/2021
07:01 MYT
Rumah, empat buah motosikal musnah dalam kebakaran
Keadaan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Ulu Kuang, Chemor, Ipoh pada Rabu. - JBPM
IPOH: Sebuah rumah dan empat buah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Ulu Kuang, dekat sini, hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 11.17 pagi.
Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dengan dibantu jentera dari BBP Sungai Siput dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chemor.
“Setibanya ke lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal musnah terbakar 50 peratus bersama empat buah motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Menurutnya, anggota menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan untuk memadamkan kebakaran.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi yang diketuai Ketua BBP Ipoh, Timbalan Penguasa Bomba Azman Hussin tamat pada 1.26 petang.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah musnah
#motosikal terbakar
#Kampung Ulu Kuang
#Ipoh
#bomba
#JBPM
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan