awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kedai dijadikan asrama warga asing terbakar

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
07/12/2022
00:40 MYT
Rumah kedai dijadikan asrama warga asing terbakar
Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 200 kaki dengan dua pancutan dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Foto JBPM Perak
IPOH: Sebuah premis rumah kedai di tingkat dua di Anjung Tawas Impiana dekat sini yang dijadikan asrama warga asing terbakar malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.07 malam.
Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan dibantu BBP Meru Raya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan PBS Menglembu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan premis rumah kedai di tingkat dua dengan keluasan 18x50 kaki dan telah terbakar 70 peratus. Ruang itu dijadikan asrama untuk warga asing.
“Walau bagaimanapun tiada mana-mana mangsa berada di dalam premis tersebut ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 200 kaki dengan dua pancutan dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shapri Shahruddin itu tamat pada jam 11.35 malam.
Topic Berkaitan
#asrama warga asing
#kebakaran
#JBPM Perak
#rumah kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan