awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/03/2025
11:14 MYT
Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Bahagian bawah bangunan itu dianggarkan musnah 85 peratus manakala dua lelaki mengalami kecederaan dengan kesan lecur sehingga 75 peratus. - Foto JBPM Selangor
KLANG: Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 4.54 petang sebelum menggerakkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara, Klang Selatan dan Kapar ke lokasi kebakaran.
Beliau berkata, operasi pemadaman dan menyelamat turut melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera lori tangki.
"Api berjaya dikawal kira-kira pukul 5.10 petang dan kejadian itu melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat yang menempatkan bengkel.
"Bahagian bawah bangunan itu dianggarkan musnah 85 peratus manakala dua lelaki mengalami kecederaan dengan kesan lecur sehingga 75 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ahmad Mukhlis memberitahu, punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Fire Rescue Tender
#bomba
#melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan