awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, PEDi rosak akibat ribut di Kuantan

Bernama
Bernama
14/10/2022
22:00 MYT
Rumah, PEDi rosak akibat ribut di Kuantan
Kejadian sekitar 4 petang itu telah menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin manakala beberapa buah kereta dihempap pokok tumbang. - Foto Facebook/Quek Tai Seong
KUANTAN: Lebih 10 buah rumah dan sebuah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mengalami kerosakan di Semambu di sini, dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda daerah ini petang Jumaat.
Ketua Kampung Alor Akar Ramli M Taib berkata kejadian itu turut mengakibatkan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas pokok menghempap PEDi berkenaan dan mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
"Saya sempat ke sini untuk melihat keadaan mereka yang cedera di bahagian kepala, tetapi tidak pasti tahap keseriusan kecederaan itu yang hanya dapat ditentukan oleh pasukan perubatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata kejadian sekitar 4 petang itu telah menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin manakala beberapa buah kereta dihempap pokok tumbang.
Penduduk Rahimah Hussin, 43, berkata beliau kini berasa tidak selamat untuk menetap di kediamannya selepas rumah dua tingkat itu kini hanya berbumbungkan langit.
Katanya perkakas rumah, permaidani dan perabot turut rosak akibat air hujan setelah bumbung rumahnya tercabut dengan anggaran kerugian lebih RM20,000.
"Saya sekarang tengah cari lori untuk angkat barang-barang yang masih elok untuk pindah keluar ke rumah saudara, memang takut nak tinggal di sini... rumah pun dah tak ada bumbung, lantai pula hanya plywood (papan lapis) saja, saya bimbang ia runtuh selepas terkena air hujan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata Skuad Prihatin Bencana Perikatan Nasional Indera Mahkota telah membantu mangsa di kawasan tersebut.
Beliau yang juga Menteri Luar merakamkan penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuantan yang turut sama menghulurkan bantuan.
Tinjauan Bernama di Jalan Beserah di sini mendapati berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang hampir tiga kilometer disebabkan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang, selain gerai makanan rosak akibat angin kencang.
Peniaga nasi ayam Sabani Abdul Ghani, 51, berkata ketika kejadian beliau baru selesai berniaga dan sedang membersihkan gerainya.
"Memang cepat sangat kejadian berlaku, barang-barang meniaga ada yang rosak namun mujur saya terselamat... sekarang kami tengah kemas peralatan yang boleh dipakai lagi dan berharap saya dapat kembali berniaga dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah
#ribut
#Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
#PEDi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan