Rumah seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Bandar Baru, Bangi dekat sini dibaling dengan tiga bom botol atau molotov cocktail, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, pegawai terbabit yang berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemui tiga molotov cocktail dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dua daripada botol berkenaan telah pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa.
"Selain itu, mangsa turut menemui tujuh peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada keretanya,” katanya.
Polis juga menemui kesan kain terbakar di luar laman rumah berhampiran pagar rumah mangsa, katanya kepada bernama hari ini.
Abdul Ghani berkata keadaan rumah mangsa berkunci sepanjang malam dan tidak mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup CCTV.
"Tiada saksi awam yang menyedari kejadian itu. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Katanya lagi, sehingga kini polis tidak menemui kesan cap jari di lokasi kejadian.
Abdul Ghani berkata kes disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes turut disiasat mengikut seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Thu Mar 17 2016
Dua daripada botol berkenaan telah pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa. - Foto Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sindiket seludup ketum masih guna laluan kawasan anggota PGA maut ditembak
Walaupun kawasan itu kini dikawal ketat, namun penyeludup sentiasa mencari peluang untuk menggunakan laluan berkenaan.
Rumah Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Bangi dilempar 'molotov cocktail'
Mangsa turut menemui tujuh peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada keretanya.