awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah penuh sampah kitar semula

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2022
23:25 MYT
Rumah penuh sampah kitar semula
Keadaan di rumah lelaki tersebut yang melakukan aktiviti pengusahaan barang kitar semula. -Foto Ihsan SWCorp Pahang.
JERANTUT: Seorang pemilik rumah di sebuah taman perumahan di sini diarahkan untuk tidak meneruskan aktiviti pengusahaan barang kitar semula secara tidak berlesen pada Selasa.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pemilik rumah yang juga seorang lelaki 30-an itu turut diarahkan membersihkan kawasan kediamannya.
Menurutnya, ia berikutan kawasan tersebut dipenuhi sisa sampah sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar.
"Lelaki tersebut telah melakukan aktiviti ini lebih dua tahun lalu. Aduan juga diterima kerana menyebabkan kerja kutipan dan pembersihan terganggu oleh pengumpulan sisa.
"Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada hari ini (Selasa)," katanya kepada Sinar Harian Pahang pada Selasa.
Ujarnya, pihak SWCorp akan melakukan pemantauan di lokasi terbabit dari semasa ke semasa.
"Operasi hari ini dijalankan bersama pihak SWCorp Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut.
"Kita juga meminta masyarakat untuk tidak membuat kacau ganggu di kawasan perumahan yang boleh menjejaskan pemandangan dan kesihatan penduduk sekitar," jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SWCorp
#pengusahaan barang kitar semula secara tidak berlesen
#Sharudin Hamid
#pengumpulan sisa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan