NATIONAL
Rumah terbakar, tujuh keluarga hilang tempat tinggal

Anggota bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 11.50 pagi tadi. - Astro AWANI
Sebanyak tujuh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Laut di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi, seramai 54 orang dari tujuh buah keluarga hilang tempat tinggal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi.
"Sejurus itu, seramai 26 anggota bergegas ke lokasi termasuk anggota sukarela.
"Sebaik tiba, api sedang marak namun berjaya dikawal pada jam 9.42 pagi.
"Pada jam 11.50 pagi, kebakaran akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.

Keadaan tujuh buah rumah yang terbakar di Kampung Cenderamata Laut di Sandakan.
Jimmy berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu setakat ini.Tambahnya, punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami