awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah yang baru dibina musnah akibat banjir

Radhi Muslim
Radhi Muslim
05/01/2022
02:46 MYT
Rumah yang baru dibina musnah akibat banjir
Keadaan rumah Anisah selepas air banjir mula surut. - Astro AWANI
SANDAKAN: Penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SML) Segaliud bakal dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kampung Segaliud, Sandakan tidak lama lagi.
Ia pastinya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan mangsa banjir di PPS berkenaan.
Namun, bagi Anisah Bacho, salah seorang mangsa dari kampung berkenaan, ia pastinya turut membawa rasa yang agak pahit selepas memikirkan keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat dibadai banjir.
Menurutnya, selepas banjir mula surut, didapati rumah mereka mengalami pelbagai kerosakan.
Paling teruk, hampir semua dinding rumah telah tiada selepas dipercayai dihanyut arus banjir yang deras.
“Dapur kami sudah tenggelam, ruang tamu kami tinggal satu inci, sebab itulah kami pindah secepat mungkin, tinggal bumbung sahaja.
"Dinding semua habis hanyut, mugnkin arus air terlalu kuat. Kami baharu sahaja bina rumah itu," katanya.
Anisah berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di PPS SMK Segaliud, Sandakan.
Anisah berkata, rumah berkenaan sebenarnya baharu sahaja hampir selesai disiapkan.
Namun, tidak sempat siap sepenuhnya, rumahnya sudah dibadai banjir.
Ia pastinya amat menyedihkan buat Anisah sekeluarga apatah lagi mereka bukanlah golongan berkemampuan dan suaminya hanya bekerja sebagai seorang nelayan.
Mengimbas kembali detik-detik kejadian banjir tersebut, Anisah berkata, rumah mereka memang berada berdekatan dengan sungai.
Selepas beberapa jam hujan lebat melanda, air sungai kemudiannya melimpah dengan cepat dan mereka segera meletakkan barangan yang penting di tempat yang tinggi.
Apabila air banjir hampir memasuki rumah, mereka sekeluarga bergegas menaiki perahu sendiri menuju ke tempat yang selamat.
"Air naik terlalu lagu. Tapi kami telah simpan segala barangan elektrik dan dokumen penting di tempat yang selamat, di tempat yang tinggi, atas bumbung.
"Semasa hujan turun, kami angkat gulung wayar TV, kami masuk dalam kotak, baru simpan di tempat tinggi. Rumah kami berdekatan sungai jadi apabila air mula naik, kami naik perahu sendir dan pergi ke masjid dahulu," katanya.
Anisah bersyukur mereka sekeluarga selamat walaupun sedih mengenangkan keadaan rumah mereka.
Topic Berkaitan
#banjir
#rumah musnah
#arus deras
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan