awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satu daripada tiga kematian akibat kecederaan, keganasan di Eropah dikaitkan dengan alkohol
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu berjaya dikawal

Bernama
Bernama
10/09/2021
13:53 MYT
Rusuhan di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu berjaya dikawal
Siasatan awal mendapati insiden bermula dari blok tahanan wanita yang penghuninya mendakwa terlalu tertekan dan meminta supaya segera dihantar pulang ke negara asal. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengawal rusuhan membabitkan 400 tahanan warganegara Filipina di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), di sini awal pagi ini.
Timbalan Pengarah JIM Sabah (Operasi) Masri Adul berkata dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, kumpulan tahanan tersebut dipercayai tidak berpuas hati kerana proses penghantaran pulang ke negara asal mereka tertangguh.
Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden bermula dari blok tahanan wanita yang penghuninya mendakwa terlalu tertekan dan meminta supaya segera dihantar pulang ke negara asal.
"Ia didengari penghuni blok tahanan lelaki yang terletak berhadapan blok wanita sehingga mencetuskan rusuhan kecil. Penghuni blok lelaki kemudiannya bertindak merosakkan kunci mangga pintu lokap dan terus keluar ke kawasan lokap," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Namun penghuni berkenaan tidak berjaya keluar dari kawasan lokap dan pihak DTI yang menyedari kejadian itu terus menghubungi polis dan Ibu Pejabat Imigresen negeri bagi mendapatkan bantuan.
Masri berkata 70 anggota polis bersama pegawai serta 40 anggota bahagian penguatkuasaan JIM dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Beliau berkata rundingan bersama tahanan diadakan hampir sejam bagi menjelaskan punca proses penghantaran ditangguhkan iaitu atas permintaan pihak kedutaan Filipina sendiri disebabkan beberapa perkara termasuk berkaitan penularan pandemik COVID-19.
"Pasukan polis menempatkan 30 anggota di DTI untuk tempoh beberapa hari lagi bagi memantau keadaan dan tiada kerosakan teruk berlaku dalam insiden ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Depoh Tahanan Imigresen
#Kota Kinabalu
#rusuhan
#warga filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan