Tiga individu yang ditahan dalam rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat awal pagi tadi direman tiga hari bermula Ahad sehingga Selasa.
Peguambela, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata, ada tiga kemungkinan yang akan berlaku esok, samada pihak polis akan memohon untuk melanjutkan tahanan reman, menuduh individu terlibat di mahkamah atau membebaskan mereka dengan jaminan.
Khairul juga berkata, dia telah menemui tiga individu terlibat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam dan mereka ternyata terkejut dengan insiden yang berlaku.
Sementara satu lagi keluarga individu yang ditahan masih gagal dihubungi disebabkan kedua ibu bapa individu berkenaan merupakan orang kelainan upaya, OKU selain memerlukan penterjemah untuk perbincangan kes.
Setakat ini, Khairul berjaya menghubungi dua daripada tiga keluarga individu yang ditahan.
Khairul juga berkata, ahli keluarga dua individu yang ditahan turut terkejut dengan apa yang berlaku malam Ahad.
"Mereka menyerahkan kepada saya untuk menguruskan kes anak mereka esok," kata Khairul.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur yang berlaku awal hari ini.
Sebelum itu Polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.
Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Norsiah Mohd Ramli
Mon Jul 13 2015
Khairul juga berkata, dia menemui ada tiga individu terlibat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gaduh Low Yat: "Ali Tinju" ditahan mengikut Akta Hasutan
Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat, pada Ahad.
Rusuhan Low Yat: Tiga individu ditahan direman tiga hari
Tiga individu yang ditahan dalam rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat awal pagi tadi direman tiga hari bermula Ahad sehingga Selasa.
Wartawan bersatu kutuk serangan ke atas pengamal media di Plaza Low Yat
Serangan ke atas wartawan akhbar berbahasa Cina semasa kekecohan di Plaza Low Yat merupakan satu petunjuk jelas bahawa pihak yang bertangung jawab sengaja menimbulkan masalah.
Jangan manipulasi isu Low Yat jadi isu perkauman - PAS
Semua pihak perlu bertenang dan mengelak sebarang provokasi baru ekoran insiden di Bukit Bintang pagi Isnin, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keadaan kembali tenang seperti tiada apa yang berlaku di Plaza Low Yat pagi ini
Keadaan di Plaza Low Yat yang tegang pada malam Ahad dan awal pagi tadi dilaporkan tenang sehingga pukul 9 pagi tadi.
Keadaan di Low Yat terkawal - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengesahkan keadaan di Plaza Low Yat yang tegang akibat rusuhan oleh beberapa kumpulan pada Ahad adalah terkawal.
Tiga cedera rusuhan dekat Plaza Low Yat
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Gaduh Low Yat: KPDNKK mulakan siasatan, akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta
KPDNKK Kuala Lumpur akan memulakan siasatan berkenaan dakwaan kononnya pergaduhan di Plaza Low Yat pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga.