GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas September ini bagi meminda perlembagaan negeri agar selari dengan Perlembagaan Persekutuan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antilompat Parti pada Khamis.
Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata, meskipun usul yang diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN namun pihaknya akan cuba selarikan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu , Kon Yeow telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk meneliti perkara tersebut supaya undang-undang itu boleh dikuatkuasakan di Pulau Pinang.
"Saya telah beri arahan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat macam mana untuk kita melihat seterusnya dan akan selarikan peruntukan Perlembagaan Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Kita juga bercadang mengadakan satu sesi khas Dewan Undangan Negeri untuk membawa pindaan kepada perlembagaan negeri dalam tempoh terdekat, dalam bulan September," katanya.
Kon Yeow berkata, sekiranya mana- mana negeri tidak meminda Perlembagaan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang itu tidak akan terpakai di peringkat negeri.
Sehubungan itu Kon Yeow berharap tindakan sama juga diambil negeri lain untuk menyeragamkan perlembagaan negeri masing-masing berhubung RUU Antilompat Parti tersebut.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dengan undi majoriti dua pertiga Ahli Dewan.
Seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat semalam.
RUU itu akan dibentangkan di Dewan Negara pada 9 Ogos ini dan selepas diluluskan ia akan dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapat perkenan sebelum diwartakan.
Pada 2012, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 bagi menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.
Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang iaitu mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.
Kon Yeow juga memberitahu, permohonan kerajaan negeri bagi merujuk soalan perlembagaan berkenaan dengan perkara 14 A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk penentuan oleh Mahkamah Persekutuan (Menurut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Perkara 128 Persekutuan Perlembagaan) telah ditetapkan perbicaraan pada 3 Ogos depan.
Terdahulu Kon Yeow hadir pada majlis penganugerahan sijil Malaysia Book Of Record Tallest Automated Hotel Car Park dan Highest Cantilevered Acrylic-Bottom Swimming Pool di The Granite Luxury Hotel di George Town pada Jumaat.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 29 2022
Chow berkata, meskipun usul diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN, namun pihaknya akan cuba selarikan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.