awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Kawalan Produk Merokok akan dibentang 10 Oktober ini - Dr Zaliha

Fareez Azman
Fareez Azman
05/10/2023
08:57 MYT
RUU Kawalan Produk Merokok akan dibentang 10 Oktober ini - Dr Zaliha
Dr Zalihan berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Parlimen pada 10 Oktober depan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Jelasnya, ia susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Oktober lalu.
"Pembentangan bacaan kedua RUU di Parlimen adalah suatu bentuk komitmen berterusan pihak KKM dan Kerajaan Madani dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya produk merokok.
"RUU ini telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada 12 Jun 2023 dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.
"Penelitian telah dibuat oleh ahli-ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya RUU ini dapat dibincangkan, diteliti dan disokong oleh kesemua pihak (bipartisan)," jelasnya.
Tambah Dr Zaliha, pihak JPK juga telah mengadakan beberapa sisi mesyuarat dan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan termasuk KKM.
Justeru, katanya terdapat beberapa syor telah dikemukakan kepada JKPK dan KKM.
"Setelah kesemua mesyuarat dan sesi libat urus ini, terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan oleh JKPK dan KKM menerima baik semua syor-syor yang dicadangkan tersebut.
"Oleh itu, KKM ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli Parlimen, individu, ibu bapa, guru dan tokoh-tokoh masyarakat bersama-sama memainkan peranan dan menyokong usaha KKM dalam membentangkan RUU ini dengan menyuarakan sokongan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#RUU Kawalan Produk Merokok
#Dr Zaliha Mustafa
#Generation End Game
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan