awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa JPM lulus

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2020
06:00 MYT
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa JPM lulus
Azhar Azizan Harun berkata, keputusam itu dibuat selepas 105 ahli Parlimen menyokong sementara 95 lagi tidak menyokong. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kira-kira pukul 2.30 petang, selepas diputuskan menerusi undian belah bahagi dengan 105 menyokong manakala 95 tidak menyokong sementara 20 ahli Parlimen lagi tidak hadir.
Keputusan itu dibuat selepas sidang ditempohkan selama 10 minit bagi membolehkan undian dijalankan termasuk memberi masa kepada Ahli Parlimen untuk masuk ke dalam dewan.
Ia adalah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan hanya 80 ahli Parlimen memasuki dewan.
Sebelum itu, sesi penggulungan RUU bagi JPM dilakukan oleh lima menteri iaitu JPM dimulakan dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Takiyuddin Hasan dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
JPM diperuntukkan RM11.69 bilion dalam Belanjawan 2021 iaitu RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Jabatan Perdana Menteri
#Belanjaewan 2021
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan