Ada pihak tertentu cuba memburuk-burukkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menakutkan masyarakat demi agenda politik mereka, kata pakar-pakar undang-undang.
Mereka memanipulasikan perkara ini sedangkan cadangan itu hanya bertujuan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman lebih berat kepada kesalahan-kesalahan sedia ada dalam akta berkenaan, yang telah wujud sejak tahun 1965.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata pihak berkenaan sengaja menjadikan usul cadangan meminda akta itu yang kini lebih dikenali sebagai RUU355 itu, untuk mengelirukan masyarakat walhal ia tidak seburuk yang disangkakan.
"Ada orang politik yang berfahaman sekular sengaja buat-buat tidak faham akan RUU355 ini dan kemudiannya cuba mengelirukan masyarakat. Saya percaya mereka ini ada agenda peribadi.
"Malah, mereka sengaja bandingkan keadaan di Malaysia dan Turki dalam hal berkaitan mahkamah syariah ini. Kita di Malaysia cuma ada Islam, tiada fahaman sekular seperti Turki. Jadi mereka sengaja buat agenda dan mengambil kesempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel taklimat khas media penerangan usul pindaan Akta 355 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Abdul Hadi mencadangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.
Mahamad Naser berkata dalam aspek penerimaan parti politik di negara ini, pihak pembangkang dilihat masih berdolak-dalik dan cuba menolak pindaan itu manakala pihak BN dijangka mencapai kata putus tidak lama lagi.
"Secara peribadi, saya percaya, pindaan ini akan berjaya. Keputusan dijangka akan dibuat kerajaan pada Mac ini," katanya.
Mengulas lanjut pelaksanaan akta itu apabila ia dipinda, Mahamad Naser berkata hukuman bagi kesalahan yang berkaitan akan ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ia bukan dibuat sewenangnya-wenangnya.
"Hadi boleh mencadangkan apa sahaja hukuman mahkamah syariah yang perlu dinaikkan. Tetapi ia tidak boleh dibuat sesuka hati. DUN akan pinda dan tentukan hukuman. Contohnya, hukuman penjara, denda bagi kes khalwat, buang bayi, minum arak dinaikkan dan menjadi lebih berat," katanya.
Mahamad Naser menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang ini kerana mereka diadili dalam mahkamah sivil.
Sementara itu, felo kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Mayda Dr Shamrahayu A. Aziz yang turut menjadi ahli panel dalam program itu, berkata isu yang timbul mengenai pindaan rang undang-undang itu ialah sama ada hukuman sedia ada dalam sistem jenayah Syariah berkesan untuk menjadikan undang-undang itu sebagai altenatif dalam menjaga maqasid al-Syariah (prinsip-prinsip Islam).
Katanya ada banyak pihak berpendapat hukuman yang ringan di Mahkamah Syariah ketika ini tidak dapat memberikan kesan pencegahan kepada perlakuan jenayah yang berleluasa.
"Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa hukuman yang terhad ini dianggap merendahkan Islam, hukumannya terlalu ringan dan amat jauh daripada hukuman sebenar yang ditetapkan Islam," katanya.
Beliau mengambil contoh, bagi kesalahan seperti zina dan minum arak, hukuman yang dikenakan kepada pesalah pada masa ini hanyalah denda RM5,000 atau penjara tiga tahun dan enam kali sebatan.
Hukuman itu, katanya, jauh lebih ringan berbanding undang-undang Islam iaitu rejam hingga mati atau 100 kali sebatan bagi kesalahan zina dan 40 atau 80 sebatan bagi kesalahan meminum minuman keras.
Katanya objektif hukuman Islam iaitu untuk pencegahan jenayah, tidak boleh dihargai jika kuasa menghukum yang diberikan kepada Mahkamah Syariah tidak memenuhi kualiti dan kuantiti yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017
PROF MAHAMAD NASER: Ada pihak tertentu cuba memburuk-burukkan usul meminda RUU355 bagi menakutkan masyarakat demi agenda politik mereka. -
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan perlu runding semula RUU355 dengan Kerajaan Persekutuan
Kelantan perlu mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen
PM, TPM wakilkan Jamil Khir, tingkatkan syiar Islam
Kedua-dua pemimpin negara itu meminta beliau untuk hadir pada perhimpunan itu demi menegakkan syiar Islam.
Ku Li tidak sokong RUU 355 kerana bertentangan Perlembagaan
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan menyokong apa juga rang undang-undang (RUU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan termasuk RUU 355.
RUU355 sengaja dipolemik untuk agenda politik - Pakar undang-undang
Ada pihak tertentu cuba memburuk-burukkan usul meminda RUU355 yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menakutkan masyarakat demi agenda politik mereka.
MCA tetap bertegas tidak sokong RUU 355
Liow Tiong Lai berkata, beliau telah menerangkan pendirian parti pimpinannya berhubung RUU tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Jangan berlagak seperti Ahok' - Abdul Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu mengulas susulan tindakan beberapa ahli politik yang menentang pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah.
"Jangan tentang RUU 355 sebelum faham" - TPM
Pihak yang menentang usul Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) diminta memahami sebaiknya intipati RUU.
Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam sebagai agama Persekutuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
5 Okt keputusan permohonan bantahan awal Hadi, empat yang lain
Hakim menetapkan tarikh 5 Okt selepas mendengar hujahan peguam Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Hadi selaku defendan dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.