WASHINGTON: Aktivis hak asasi manusia Paul Rusesabagina yang membantu pelarian semasa pembunuhan beramai-ramai di Rwanda, dibebaskan dari penjara hasil usaha pentadbiran Biden, menururt seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kepada pemberita.
"Kami gembira Paul Rusesabagina telah dibebaskan dari penjara di Rwanda.Kami menjangkakan beliau akan meninggalkan negara itu dalam tempoh beberapa hari lagi, akan berlepas ke Qatar dan kemudian ke Amerika Syarikat," kata pegawai kanan itu pada Jumaat.
Pembebasan Rusesabagina hasil usaha selama berbulan-bulan oleh pegawai AS dengan rakan sejawatannya dari Rwanda termasuk penglibatan Setiausaha Negara Antony Blinken dan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan.
AS tidak membuat sebarang konsesi tertentu dalam perjanjian pembebasan aktivis berkenaan.
Rusesabagina yang bekerja sebagai pengurus Hotel des Mille Collines, melindungi ratusan pelarian semasa pembunuhan beramai-ramai Rwanda.
Peristiwa itu memberi inspirasi kepada "Hotel Rwanda" yang dicalonkan untuk anugerah Oscar.
Rusesabagina ditahan oleh pihak berkuasa Rwanda pada 2020 kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak di rantau itu dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada 2021.
AS mendakwa Rusesabagina tidak bersalah dan ditahan secara salah.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: AS, Paul Rusesabagina, Rwanda, aktivid, bebas
Bernama
Sat Mar 25 2023
Paul Rusesabagina ketika hadir di mahkamah di Kigali, Rwanda, 26 Feb 2021. - Gambar fail AP
Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco
Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
ISWC 2024: Improving lives and livelihood amidst changes and uncertainties
Author of "Ageless: The New Science of Getting Older Without Getting Old ", shares his insights on enhancing lives and livelihoods amidst change and uncertainty at the International Social Wellbeing Conference 2024 (ISWC2024).
Rakyat Malaysia boleh guna pembayaran QR di Korea Selatan tidak lama lagi
Rakyat Malaysia akan dapat membuat pembayaran QR di Korea Selatan menggunakan aplikasi Paybooc tidak lama lagi, hasil kerjasama antara BC Card dari Korea Selatan dan PayNet Malaysia.
ISWC 2024: Opening Remarks & Launch of ISWC 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim Prime Minister
Ikuti langsung ucapan perasmian International Social Wellbeing Conference 2024 (ISWC 2024) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi.
Tun Mohd Ali angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka
Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.
Pembangunan ekonomi perak diberi tumpuan hadapi negara menua
Anwar berkata, selain pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal.
Persahabatan Antarabangsa: Tuan rumah Euro 2024 terikat tanpa jaringan dengan Ukraine
Ilkay Gundogan terlepas peluang keemasan dalam babak pertama selepas percubaan lemahnya ke arah penjaga gol gagal memecahkan kebuntuan.
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi AS dilihat menyokong mata wang tempatan.
Rwanda bebaskan aktivis Rusesabagina dari penjara
Pembebasan Rusesabagina hasil usaha selama berbulan-bulan oleh pegawai AS dengan rakan sejawatannya dari Rwanda.
Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong
Langkah diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.