awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

S. Pavithra kekal ikon anak Bandar Raya Ipoh - MBI

Bernama
Bernama
28/07/2020
08:28 MYT
S. Pavithra kekal ikon anak Bandar Raya Ipoh - MBI
Rumaizi berkata, ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar Pavithra, 28, kepada MBI berhubung penolakan tersebut. - Foto Youtube / Sugu Pavithra
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) masih mengekalkan anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 yang diberikan kepada pengguna YouTube sensasi, S. Pavithra, meskipun beliau menolak pengiktirafan tersebut.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar Pavithra, 28, kepada MBI berhubung penolakan tersebut.
"Buat masa ini, kita masih lagi mengekalkan sebab tahun depan kita akan umumkan (anugerah ikon) pada sambutan 33 tahun Majlis Bandaraya Ipoh, bagi saya penganugerahan itu masih 'status quo'," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
BACA: Anugerah ikon untuk YouTuber adalah kerana dia anak kelahiran Ipoh - MBI
Pavitra dan suaminya, M.Sugu mencetuskan kontroversi apabila Sugu, 29, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada 24 Julai lepas.
Kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham antara pasangan itu selepas Pavitra diiktiraf sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh MBI baru-baru ini. Pavitra kemudiannya memaafkan perbuatan suaminya itu.
Sugu dan Pavitra kemudiannya mengambil keputusan menolak sebarang pengiktirafan ikon susulan kes tersebut dan memberikan alasan mahu mengutamakan penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.
Topic Berkaitan
#anak
#anugerah
#Datuk Rumaizi Baharin
#Ikan Ipoh
#Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020
#Ipoh
#Jalur Gemilang
#Kibar Jalur Gemilang
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Majlis Bandaraya Ipoh
#Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
#S Pavithra
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan