awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dicadang kaji peluang wujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris

Bernama
Bernama
13/11/2018
22:05 MYT
Sabah dicadang kaji peluang wujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris
Murid-murid di salah satu sekolah kebangsaan di Sipitang, Sabah, pada 10 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA/Fail
Kerajaan negeri Sabah dicadang melaksanakan kajian secara serius mengenai peluang untuk mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris di negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Julita Majungki berkata pewujudan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah dilihat platform terbaik bagi melaksanakan kajian menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris tersebut.
"Sebagai permulaan, sekolah perintis (aliran bahasa Inggeris) boleh dipilih dalam kalangan sekolah yang terletak di kawasan bandar.
"Saya yakin keputusan ini (mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris) jika diambil akan mendapat sokongan ibu bapa dan rakyat Sabah," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Selasa.
Julita (PBS-Matunggong) berkata cadangan serta kehendak kerajaan negeri melaksanakan sekolah aliran bahasa Inggeris tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Katanya beliau memahami pendidikan di bawah kuasa kerajaan persekutuan selain Malaysia sudah mempunyai dasar pendidikan kebangsaan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam pembelajaran, namun punca pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini antara lain ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
"Saya mempunyai keyakinan jika Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah serius dalam melaksanakan sekolah aliran bahasa Inggeris, Sabah pasti akan mengeluarkan pelajar, graduan dan pekerja mahir pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Matunggong
#ancaman
#bahasa Inggeris
#Bahasa Melayu
#bahasa rasmi
#bandar
#Belanjawan Sabah 2019
#graduan
#Julita Majungki
#Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah
#Sabah
#sekolah aliran bahasa Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan