awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah gesa tambahan kerusi Parlimen bawah MA63

Bernama
Bernama
12/09/2025
20:30 MYT
Sabah gesa tambahan kerusi Parlimen bawah MA63
Anwar mempengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching, Sarawak 12 Sept 2025. Turut hadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Hajiji. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah menggesa pertambahan kerusi Parlimen bagi negeri itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak, semalam.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan itu selaras dengan semangat MA63 untuk melindungi kepentingan negeri berkenaan.
"Perdana Menteri secara prinsipnya bersetuju tetapi menyatakan perkara itu memerlukan perbincangan teliti pada peringkat teknikal memandangkan ia akan melibatkan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan. Inilah kenapa hubungan baik kerajaan negeri-Persekutuan itu penting," katanya dalam kenyataan.
Hajiji berkata mesyuarat itu yang berlangsung dalam suasana mesra turut membincangkan cadangan untuk meletakkan pelancongan di bawah Senarai Bersama (Perlembagaan Persekutuan) yang akan dirujuk kepada jawatankuasa teknikal.
Delegasi Sabah terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, beberapa menteri negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji menyambut baik pelancaran Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) bernilai RM7.6 bilion dan menyifatkan projek itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan keterhubungan dan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam perdagangan dan pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Hajiji Noor
#Sabah
#pertambahan kerusi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan