awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kaji semula undang-undang kecil dan ordinan pengurusan sisa

Bernama
Bernama
11/11/2024
22:30 MYT
Sabah kaji semula undang-undang kecil dan ordinan pengurusan sisa
Dr Joachim menjelaskan bahawa inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan Sabah lebih bersih dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. - Foto fail/BERNAMA
PENAMPANG: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kini sedang mengkaji semua undang-undang kecil dan ordinan termasuk yang berkaitan dengan pengurusan sisa, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menjelaskan bahawa inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan Sabah lebih bersih dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan Mesin Hijau Bio di Sabah Credit Corporation (SCC), di sini pada Isnin.
Mesin berkenaan direka untuk memproses sejumlah besar sisa organik atau sisa makanan yang menukarkannya menjadi produk sampingan berharga seperti baja.
Dr Joachim berkata kerajaan Sabah melalui kementeriannya menyokong penuh penyelesaian inovatif berkenaan, kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih di negeri itu tetapi juga mempunyai faedah ekonomi.
"Mesin itu dihasilkan secara tempatan dan menyokong ekonomi Sabah," katanya.
Dr Joachim juga menggalakkan pengusaha premis makanan dan pengeluar makanan untuk menggunakan teknologi berkenaan, kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa sama menjadikan Sabah lebih bersih serta mampan untuk didiami.
Program berkenaan turut menyaksikan acara pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Redwin Technologies Sdn Bhd (pembekal tunggal produk), SCC (pemberi pembiayaan) dan Eco Greenpia Sdn Bhd (pengeluar Mesin Hijau Bio).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Organik
#pengurusan sisa
#kualiti hidup rakyat
#produk sampingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan