awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin Abdullah positif COVID-19

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/04/2021
06:28 MYT
Saifuddin Abdullah positif COVID-19
Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi KKM sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah telah disahkan positif COVID-19, setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam Rabu.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.
Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Kementerian berkata, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar.
“YB Dato’ Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan itu lagi.
[KENYATAAN MEDIA] Keputusan Ujian Saringan Positif COVID-19 29 April 2021#KKMM#KomunikasiKita pic.twitter.com/Gzl5LRLBOz
— KKMM (@kkmm_gov) April 29, 2021
Sementara itu, pegawainya mengesahkan kepada media bahawa Saifuddin tidak menghadiri mesyuarat Kabinet, serta majlis berbuka puasa bersama Jemaah Kabinet di Putrajaya semalam.
Pada 21 Mac lepas, media melaporkan, Saifuddin mahu mengambil vaksin bersama-sama dengan pengamal media selepas mengambil kira risiko jangkitan Covid-19 terhadap golongan berkenaan yang sering berada di lapangan dan bertemu orang ramai.
“Saya tidak tahu (bila tarikh suntikan), bergantung pada jadual. Kalau diikutkan saya sepatutnya menerima suntikan itu sekarang tetapi saya minta (vaksin) Sinovac dan bersama-sama dengan wartawan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#positif COVID-19
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan