KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson, esok.
Saifuddin Nasution berkata pada pertemuan itu, beliau akan memberikan penjelasan rasmi negara terhadap segala perkara yang dibangkitkan.
"Saya akan menemui Brian Nelson esok pagi, pertama untuk mendengar apa juga perkara yang beliau hendak sampaikan.
"Pada akhir mendengar pembentangan mereka, saya akan memberikan penjelasan rasmi tentang perkara yang dibangkitkan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini hari ini.
Agensi berita antarabangsa, Reuters sebelum ini melaporkan pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan AS akan mengadakan kunjungan ke Singapura dan Malaysia.
Mengenai MoU hari ini, Saifuddin Nasution berkata KDN telah menandatangani 14 kontrak bersama syarikat tempatan melibatkan nilai keseluruhan kontrak berjumlah RM2.156 bilion, dengan 14 kontrak membabitkan Polis Diraja Malaysia bernilai RM1.574 bilion.
Satu kontrak pula membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (RM529 juta) manakala satu lagi melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (RM52 juta).
Mengulas berkaitan pemasangan kamera badan untuk digunakan oleh anggota PDRM, beliau berkata pelaksanaannya telah diminta disegerakan dan tidak melewati ke tahun hadapan.
"Bajet sudah lama tersedia, namun proses perolehan telah berubah-ubah beberapa kali.
"Jadi, saya minta untuk diselesaikan segera dan jangkaannya mengikut garis masa kita, penghantaran pertama (kamera badan) harus berlaku dalam Jun tahun ini juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Saifuddin Nasution berkata, pada pertemuan itu, beliau akan memberikan penjelasan rasmi negara terhadap segala perkara yang dibangkitkan. -Bernama
Kim Jong Un ketuai latihan pelancar roket
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa latihan menembak 600mm pelbagai pelancar roket bersaiz besar yang dikendalikan tentera negara itu.
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Malaysia China komited kukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik
Malaysia dan Chian komited perkukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Sabah Sarawak dikecualikan penyasaran subsidi diesel kerana keperluan rakyatnya
Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam penyasaran semula subsidi diesel kerana penggunaannya yang meluas oleh rakyat - PM Anwar
.
.
Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan
Seorang pegawai kanan JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan.
Duit belanja kahwin anak RM20,000 hangus dalam kebakaran
Sepasang suami isteri bukan sahaja kerugian lebih RM250,000 malah tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Lundang awal pagi Jumaat.
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram
Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Ancaman masih terkawal' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan ancaman susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih terkawal.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.