Berita baik kepada peminat bola sepak tempatan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) umumkan saingan Liga Malaysia bakal bersambung bermula 26 Ogos depan.

Ini perkara penting yang perlu anda tahu dalam pengumuman itu.

1. Liga Malaysia 2020 bermula 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu.

2. TM Piala Malaysia berlangsung pada 17 - 18 Oktober dan berakhir pada 7 November 2020.

3. Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

4. Setiap stadium atau venue perlawanan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL.

5. Stadium dan venue perlawanan wajib jalani proses nyah kuman dan disinfeksi.

6. Prosedur operasi standard (SOP) akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan.

7. Format CIMB Liga Super dan Liga Premier dikekalkan dengan saingan secara separuh liga sahaja (bersambung dari perlawanan kelima hingga ke-11).

8. Format pertandingan TM Piala Malaysia akan dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

9. 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi.

10. Perlawanan tertunda CIMB Liga Super pasukan PJ City FC menentang Terengganu FC akan berlangsung pada 22 Ogos 2020.

11. Perlawanan tertunda Liga Premier pasukan UKM FC menentang Kelantan akan berlangsung pada 22 Ogos 2020.

12. Perlawanan persahabatan tidak dibenarkan kepada semua pasukan yang bertanding bermula 15 hingga 28 Julai 2020.

13. Pasukan berstatus daripada CIMB Liga Super dan Liga Premier hanya dibenarkan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos 2020.

14. Perlawanan hendaklah dimainkan tanpa penonton, hanya pegawai dan pemain pasukan berdaftar dan telah menjalani ujian saringan (swab test) sahaja dibenarkan berada di stadium.