awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kedudukan: Bekas jurutera JKR dilepas, bebas

Bernama
Bernama
29/11/2021
12:24 MYT
Salah guna kedudukan: Bekas jurutera JKR dilepas, bebas
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara mendapati, rayuan Azizan Mohamed Yasin, 40, mempunyai merit dan sabitan terhadap perayu tidak munasabah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan pada 2015.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara mendapati, rayuan Azizan Mohamed Yasin, 40, mempunyai merit dan sabitan terhadap perayu tidak munasabah.
"Kami berpuas hati terdapat merit dalam rayuan perayu (Azizan) berkenaan anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Oleh itu, mahkamah mendapati sabitan terhadap perayu tidak munasabah dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi perlu diketepikan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Kelihatan isteri Azizan membuat sujud syukur di galeri awam selepas keputusan dibacakan oleh panel hakim.
Pada 27 Nov 2019, Azizan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM100,000 atau dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, selepas didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Jan 2020.
Lelaki itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila melantik syarikat G Two Amiruddin Trading, bagi melaksanakan kerja memotong rumput dan pembersihan.
Azizan didakwa melantik syarikat tersebut bagi melakukan kerja-kerja memotong rumput dan pembersihan di beberapa jalan di sekitar Kulaijaya dengan harga kerja berjumlah RM19,750 yang mempunyai hubungan dengan abangnya Azizi Mohamed Yassin, yang mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kulaijaya pada Ogos 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Pada prosiding itu, Azizan diwakili peguam Asmadi Hussin manakala Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jurutera JKR
#salah guna kedudukan
#mahkamah
#lepas dan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan