ALOR SETAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub disifatkan sebagai seorang menteri yang aktif serta berusaha keras dalam memastikan tiada kenaikan harga berlaku di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Allahyarham juga merupakan individu yang cukup sinonim dengan konsep Rahmah yang memberi faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
"Allahyarham memang seorang yang gigih dan semasa menjadi Menteri yang menjaga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini, Arwah amat aktif terutama sekali supaya harga barang tidak naik dan begitu keras berusaha termasuk bertemu dengan pihak syarikat dan majikan.
"Semua orang mengakuinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Allahyarham antara menteri yang yang gigih dalam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini.
Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata persahabatan beliau dengan Salahuddin bermula dalam Pemuda PAS ketika berusia lingkungan 20-an hingga sekarang dan pemergian Arwah secara mengejut itu sudah pasti meninggalkan kesan terhadap dirinya.
"Allahyarham pergi ketika menjalankan tugas... ahli keluarga Arwah juga berada di sini dan saya sempat meminta anak-anaknya untuk pergi berbisik di telinga Arwah serta memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.
"Selepas ini, jenazah Arwah akan diterbangkan terus ke rumah ibunya di Tanjung Piai, Pontian, Johor dengan pesawat khas yang dijangka bertolak pada 1 pagi nanti," katanya.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Salahuddin serta seluruh ahli Amanah dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang budiman.
Muhammad Sanusi berkata beliau turut merasai kehilangan Salahuddin yang dikenali sejak 1997 malah Timbalan Presiden Amanah itu pernah beberapa kali menginap di rumahnya.
"Di pihak Kerajaan Negeri (Kedah) sendiri turut bersimpati pada keluarga (Allahyarham), kebetulan beliau sakit di Kedah...
"Saya ucap terima kasih kepada usaha beliau untuk menangani isu-isu kenaikan harga barang di bawah kementerian beliau serta apa-apa yang beliau bekerja keras... untuk itu, kita hargailah semua," katanya.
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar pula berkata Allahyarham telah berjaya mengangkat agenda Rahmah di bawah kementeriannya sebagai enjin baharu yang memberi manfaat kepada semua pihak dan sektor ekonomi di dalam negara ini.
"Saya sangat rapat dengan Allahyarham daripada parti lama sampailah hari ini. Ini kehilangan besar, rakyat juga merasai kehilangan beliau.
" Saya nak sebut : Din, rakyat Malaysia merindui kamu, terima kasih Din atas agenda Rahmah yang telah memberi keringanan ke atas beban hidup rakyat, terima kasih Din," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Allahyarham cukup sinonim dengan konsep Rahmah yang memberi faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup. - FB Salahuddin Ayub
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.