awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambung pencarian MH370? Tunggu selepas 29 Mei - Loke

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/05/2018
11:51 MYT
Sambung pencarian MH370? Tunggu selepas 29 Mei - Loke
Kerajaan akan membuat keputusan sama ada operasi mencari pesawat MH370 diteruskan atau sebaliknya hanya selepas 29 Mei. -Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Kerajaan akan membuat keputusan sama ada operasi mencari pesawat MH370 diteruskan atau sebaliknya hanya selepas kontrak Ocean Infinity tamat pada 29 Mei.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, permohonan bagi melanjutkan pencarian pesawat itu sehingga penghujung bulan ini dibuat Ocean Infinity sendiri dan bukannya keputusan kerajaan untuk menamatkan operasi itu.
“Tunggu hingga 29 Mei. Saya tidak boleh beritahu apa yang akan terjadi selepas 29 Mei.
“Kapal terbang tersebut mungkin akan ditemui sebelum 29 Mei.
“Bagaimana saya boleh memberi jawapan kepada apa yang akan berlaku selepas 29 Mei? Saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” kata Loke.
Sebelum ini, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Ocean Infinity pada 10 Januari lalu bagi memulakan pencarian pesawat MH370 yang hilang pada 2014.
Hingga 6 Mei, keluasan kawasan pencarian yang terlibat ialah 76,000 km persegi dan lanjutan hingga 29 Mei dijangka melibatkan kawasan pencarian seluas 7,000 km persegi.
Perincian laporan akan dibincangkan dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat sebelum didedahkan kepada awam pada Julai ini.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#hilang
#kerajaan
#Malaysia
#mangsa
#Menteri Pengangkutan
#MH370
#OCEAN INFINITY
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan