PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan tetap dijayakan dengan sebaik mungkin walaupun dalam suasana negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata segala persiapan perjalanan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini telah dirancang sebaik mungkin, bagi memastikan ia mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sambutan pada tahun ini diadakan secara fizikal namun jumlah peserta dan tetamu, dihadkan seperti hanya 50 orang tetamu sahaja dibenarkan hadir tanpa sebarang penonton di lapangan.
"Dari segi persembahan juga dihadkan maksima 400 orang kesemua sekali. Tetapi persembahan secara bergilir-gilir supaya pada setiap satu masa jumlahnya tidak melebihi 100 orang melakukan persembahan, dan dapat mematuhi penjarakan fizikal," katanya kepada media hari ini selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di sini.
Annuar dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, dalam pengumuman pembentukan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.
"Saya berpuas hati dengan segala persiapan, terutama sekali dari segi susunan perjalanan sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza dengan tahun lalu," katanya serta menambah sambutan tahun ini boleh ditonton melalui kaca televisyen, dengan pelbagai input dan program yang telah disediakan.
Annuar turut berharap, agar keadaan cuaca pada hari kemuncak sambutan pada 31 Ogos ini (Selasa), adalah baik bagi membolehkan segala perancangan persembahan dilaksanakan sebaik mungkin.
Menurutnya, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan bagi pertunjukan udara (air show) dilakukan, 'Pelan B' sempena sambutan Hari Kebangsaan itu akan dilaksanakan dengan lebih ringkas, tanpa pertunjukan udara.
Annuar dalam pada itu menyeru setiap lapisan masyarakat, mendokong semangat Keluarga Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, serta mempamerkan kebersamaan dan keyakinan untuk menang memerangi pandemik COVID-19.
"Dengan satu keyakinan untuk menang bersama, kerana kita tahu segala rancangan terutamanya Pelan Pemulihan Negara yang sedang kita laksanakan ini, akan dapat kita sempurnakan dan akhirnya rakyat negara kita benar-benar dapat dimerdekakan dari wabak yang merbahaya ini. Ini akan dilakukan secara muafakat, secara kerjasama dalam kalangan seluruh Keluarga Malaysia kita," katanya.
Konsep Keluarga Malaysia, diperkenalkan oleh Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia, yang mengajak rakyat pelbagai agama, bangsa dan kaum, bersama-sama untuk memulihkan semula keadaan negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di Dataran Pahlawan hari ini. - Foto BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.