PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata UPKO juga akan mengadakan konvensyen tahunannya pada 10 Ogos, manakala sambutan Pesta Kaamatan UPKO pada 11 dan 12 Mei ini.
"Pesta Kaamatan itu akan dihoskan oleh UPKO Beaufort dan sambutan dijangka berlangsung di Kuala Penyu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif UPKO di sini hari ini.
Ditanya persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Ewon berkata sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, UPKO sentiasa memberi pandangan dan pendirian parti supaya apa-apa isu yang timbul dapat dibincangkan secara terbuka serta matang.
"Saya percaya pimpinan UPKO dan PH (Pakatan Harapan) dapat membuat keputusan yang sebaiknya. PH harus ada ruang yang sewajarnya di peringkat negeri, ini adalah pandangan UPKO," katanya menambah parti itu setakat ini mempunyai lebih 160,000 ahli berdaftar.
Terdahulu pada majlis sama, beliau menyerahkan kad keahlian kepada bekas Ahli Dewan Negara Adrian Lasimbang yang kembali menyertai UPKO.
Menurutnya dengan kemasukan semula Adrian yang aktif dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) khususnya melibatkan isu alam sekitar akan mampu memberi nilai tambah kepada UPKO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada Ogos ini - Ewon
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Isu Boris Johnson: Ahli Parlimen Britain desak Laporan Gray didedahkan
Kemarahan tercetus selepas pasukan polis UK menuntut maklumat berhubung kes itu dikeluarkan daripada laporan sementara siasatan masih dijalankan.
Indonesia sambut dirgahayu ke-76 hari ini
Indonesia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-76 secara ringkas hari ini ketika republik itu masih merekodkan peningkatan berterusan kes-kes COVID-19.