awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Had tempoh jawatan PM: Pinda perlembagaan, bukan sekadar akta biasa - Penganalisis
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samseng jalanan, Bukit Aman tahan 9 termasuk 2 pelajar di PD

Bernama
Bernama
02/01/2022
08:43 MYT
Samseng jalanan, Bukit Aman tahan 9 termasuk 2 pelajar di PD
Aidi Sham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - Gambar/ PDRM
SEREMBAN: Polis menahan sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berumur 17 hingga 22 tahun ditahan oleh polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menerusi Operasi Samseng Jalanan antara pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.
"Mereka melakukan aksi seperti berlumba atau bersaing sesama sendiri, membuat aksi zig-zag di lebuh raya, menunggang sambil meletak kaki atas motor (ala superman) dan aksi membongkok badan semasa menunggang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semua mereka bersama motosikal masing-masing yang digunakan untuk melakukan aksi berkenaan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#rempit
#lebuhraya seremban-PD
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan