Samsung umum bina kilang AI mega dengan 50,000 GPU NVIDIA

Samsung dan NVIDIA bekerjasama membina AI Megafactory dengan pelaburan lebih 50,000 unit GPU untuk mempercepatkan pengeluaran cip berasaskan AI.
SEOUL: Samsung Electronics mengumumkan kerjasama strategik dengan NVIDIA bagi membina sebuah fasiliti pembuatan cip berasaskan kecerdasan buatan (AI) berskala besar yang dinamakan AI Megafactory, dengan pelaburan lebih 50,000 unit unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA.
Ringkasan AI
- Samsung dan NVIDIA bekerjasama membina AI Megafactory dengan pelaburan lebih 50,000 unit GPU untuk mempercepatkan pengeluaran cip berasaskan AI.
- Fasiliti ini akan menggunakan teknologi digital twins dan platform NVIDIA Omniverse untuk mengoptimumkan reka bentuk, operasi dan kawalan kualiti cip secara masa nyata.
- Samsung turut membangunkan cip HBM4 berprestasi tinggi untuk pelayan AI masa hadapan, menjadikan AI Megafactory sebagai pusat transformasi digital dan automasi industri global.
Samsung turut menyatakan bahawa kerjasama ini akan memperkukuh pembangunan cip AI generasi baharu, termasuk untuk peranti mudah alih dan robotik.
GPU NVIDIA akan digunakan untuk mempercepatkan proses litografi pengiraan (computational lithography) dan reka bentuk cip, dengan peningkatan prestasi sehingga 20 kali ganda menerusi penggunaan pustaka cuLitho dan CUDA-X.
Selain itu, kedua-dua syarikat juga bekerjasama dalam pembangunan cip memori jalur lebar tinggi (High Bandwidth Memory, HBM4) yang dijangka menjadi tulang belakang kepada pelayan AI masa hadapan.
Samsung akan membekalkan cip HBM4 berasaskan DRAM generasi keenam 10nm dan logic base die 4nm, dengan kelajuan pemprosesan sehingga 11Gbps — jauh melebihi piawaian JEDEC semasa.
Kerjasama ini diumumkan sempena lawatan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, ke Korea Selatan minggu ini, yang turut menyaksikan pengumuman kerjasama serupa dengan Hyundai dan SK Group.
Huang menyifatkan inisiatif ini sebagai permulaan kepada “revolusi industri AI” yang bakal mentransformasi landskap pembuatan global.
Samsung belum mendedahkan lokasi atau tarikh pembinaan fasiliti tersebut, namun menyatakan bahawa AI Megafactory akan menjadi pusat transformasi digital syarikat dalam usaha memperkukuh kedudukan sebagai peneraju global dalam pengeluaran cip pintar dan automasi industri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


