Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini hadir ke majlis penyerahan tugas kepada penggantinya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Turut hadir Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.
Ahmad Samsuri berkata kehadiran bekas menteri besar itu adalah satu permulaan baharu yang baik ke arah kerjasama kedua-dua pihak dalam memacu Terengganu menjadi negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
Beliau juga mengulangi pendirian untuk meneruskan dan menambah baik program-program bermanfaat untuk rakyat yang telah diperkenalkan kerajaan negeri kepada rakyat sebelum ini.
Ditanya sama ada Pas Terengganu akan bekerjasama dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri dalam menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat, beliau berkata PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan untuk rakyat.
"Apa yang perlu difahami ialah politik itu sendiri tujuannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya mencari masalah.
"Kehadiran bekas menteri besar hari ini adalah detik bersejarah untuk negeri.... saya amat menghargai kedatangan beliau," katanya yang menyifatkan Ahmad Razif sebagai pemimpin berjiwa besar.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata beliau sedia memberi sumbangan tenaga atau idea kepada kepimpinan negeri yang baharu.
"Bagi pihak saya, tak ada masalah... insya-Allah kita akan saling bekerjasama... pilihan raya umum pun sudah berlalu. Sekarang ini masa untuk sama-sama berganding bahu untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
Ahmad Razif (kiri) disifatkan Ahmad Samsuri sebagai orang yang sedia bekerjasama.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.