KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan membabitkan sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Ampang di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua suspek yang berumur 19 hingga 40 tahun ditahan di sebuah rumah pangsa di Jalan San Peng pada 4 pagi.
Beliau berkata dalam insiden itu, mangsa telah didatangi dua suspek lelaki yang dikenalinya, menaiki motosikal jenis Yamaha warna hitam dan tiada nombor plat pendaftaran.
"Tiba-tiba pembonceng belakang telah turun dari motosikal dan mengelar tangan mangsa menggunakan pisau pemotong buah manakala seorang lagi suspek mengambil dompet serta telefon bimbit mangsa.
"Selepas itu, kedua-dua suspek terus melarikan diri... mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang serta menerima 11 jahitan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang berusia 29 tahun, dan suspek mengenali antara satu sama lain manakala motif samun adalah untuk membalas dendam.
"Mangsa dipercayai selalu memukul teman wanitanya dan suspek merupakan ahli keluarga teman wanita tersebut dan mereka merancang untuk menyerang serta mengambil telefon bimbit mangsa," katanya.
Beliau berkata dua lagi suspek yang ditahan ialah teman wanita mangsa manakala seorang lagi masih disiasat penglibatannya.
"Kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis Amfetamina dan ketiga-tiga tahanan lelaki mempunyai rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah manakala tahanan perempuan tiada rekod lampau," katanya.
Mohamad Farouk berkata keempat-empat suspek telah direman selama enam hari hingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Mohamad Farouk berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang berusia 29 tahun, dan suspek mengenali antara satu sama lain manakala motif samun adalah untuk membalas dendam. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus
Keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar tayar treler.
Penunggang motosikal maut nahas, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu berlaku di Jalan Ipoh-Lumut arah Lumut.
Sanggup berhabis hampir setengah juta demi RX-Z
Wan Noor Azmirulllah memiliki lebih 25 buah Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini.
Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).
Anggota tentera maut terseret 100 meter
Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.