Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu mendahului senarai 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut menerima darjah sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang dikurniakan SUMW tahun lepas, tetapi tidak dapat hadir, turut menerima anugerah itu kali ini.
Lapan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri pula ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hasan.
Penerima lain ialah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Ir Azman Mohd, Pengarah Eksekutif Weststar Group of Companies Datuk Seri Syed Azlan Syed Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Seramai 41 penerima dianugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran 'Datuk'.
Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Noriah Hashim, Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaini Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh,
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah (Bahagian Saraan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Raja Noor Zaedah Raja Ahmad.
Timbalan Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia JPM Datuk Dr Mazlan Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Mohd Najib Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) JPM Datuk Hasnah Saleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pelajaran Datuk Abd Shukor Ibrahim, Ketua Eksekutif MATRADE Datuk Dr Wong Lai Sum.
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad, Pakar Perunding Kanan Bedah Mulut dan Maxillofacial Datuk Dr Mohd Noor Awang, Pengerusi Pantai Holdings Berhad Datuk Khairil Anuar Abdullah, Pengerusi Asnur Sdn Bhd Datuk Abu Samah Bachik, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai
Eksekutif Engen Limited Datuk Ahmad Nizam Salleh.
Pengarah Sutra Dance Theatre (M) Sdn Bhd Datuk Ramli Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif DMIA (M) Sdn Bhd Datuk S. Subramaniam Pillai, Pengarah Urusan British American Tobacco (M) Berhad Datuk Toh Ah Wah, Pengarah Syarikat Suez Domain Sendirian Berhad Datuk Yasran Hussain, Pengarah Urusan Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd Datuk Zaiton Mohd Hassan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif The ICLIF Leadership & Governance Centre Datuk John Louis Rishad Zinkin, Pengarah Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd (Malaysia Nanban) Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha, Naib Presiden Eksekutif SP Setia Berhad Datuk Ong Kek Seng, Ketua Pegawai Perolehan Telekom Malaysia Berhad Datuk Gazali Harun, Pengurus Perhubungan Korporat Boustead
Holdings Bhd Datuk Rusdi Mustapha.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Malaysian South-South Association Datuk Loi Choke Hung @ Looi Cheok Hun, Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk S.Mohan, Presiden Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Datuk K.Panjamurti, Ketua MIC Bahagian Segambut Datuk V. Rajoo, Timbalan Ketua UMNO Seputeh Datuk A. Rahim Aman.
Timbalan Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique, Ketua Bahagian MCA Labuan Datuk Chin Hong Vui, Timbalan Bendahari MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tey Kock Yew, Setiausaha Bahagian, Ibu Pejabat UMNO Datuk Jamaludin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Simon Suresh Sabapathy.
Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandar Raya Datuk Mumtaz Ali M.Abdul Kareem, Pengerusi Badan Gabungan Persatuan Penduduk Datuk Yusri Ahmad, Bendahari Kebangsaan Hartanah dan Perumahan Datuk Tong Nguen Khoong, Duta Sihat 1Malaysia Datuk Aznil Nawawi, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Datuk Sulaiman Ibrahim dan Timbalan Presiden Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malayan Banking Berhad Datuk Lim Hong Tat.
Seramai 28 penerima dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 45 penerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 73 penerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 85 penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Antara penerima AMW ialah Editor Kanan (Streets) New Straits Times Streets Chan Cheng Tuan, Ketua Meja Sentral The China Press Berhad Chat Mee Eang, Ketua Pengarang Tamil Nesan Sdn Bhd K.Padmanabhan, Ketua Pengarang Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd M.Maryanandy, Ketua Pengarang Makkal Osai Sdn Bhd M.Rajintheram dan Ketua Pengarang Berita, Harian Metro Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.
Antara penerima PPW ialah wartawan New Sabah Times Jainudin Djimin dan wartawan Sinar Harian Nur Hidayah Hairom.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta pagi ini.
Bernama
Fri Feb 01 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas keputusan Fed mengenai kadar faedah
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
DBKL anjur 11 program sempena Hari Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 11 program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya
Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras.
Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dibuka 1 Feb - Loke
Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Feb.
Anggota Kabinet ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan, doakan terus maju
Wilayah Persekutuan Untuk Semua!
Pertunjukan air pancut berirama warnai pembukaan sambutan Hari Wilayah 2023
Rosida berkata, pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
PM ucap selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.
Pemetaan cahaya berkonsep Keluarga Malaysia warnai Tangga Putrajaya
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu dari 9 malam hingga 11 malam, mulai 26 Jan hingga 29 Jan.