awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup ambil risiko berhimpun walau varian Delta makin menular - Hamzah

Bernama
Bernama
31/07/2021
13:09 MYT
Sanggup ambil risiko berhimpun walau varian Delta makin menular - Hamzah
Hamzah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melihat dari sudut kegagalan mematuhi SOP dan jika ada, tindakan akan diambil. - Gambar fail
LARUT: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas pihak yang sanggup berhimpun beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara sedang berdepan penularan varian Delta pandemik COVID-19 ketika ini.
Beliau berkata tindakan itu tidak seharusnya berlaku apabila tidak mematuhi Op Patuh dan menggagalkan usaha kerajaan untuk melandaikan lengkuk COVID-19 dengan berkumpul di tempat awam.
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melihat dari sudut kegagalan mematuhi SOP dan jika ada, tindakan akan diambil.
"Waktu ini patutnya kita patuh SOP. Rakyat sepatutnya faham SOP. Kami hanya benarkan essential services. Berkumpul dan membuat demonstrasi adalah satu kesalahan. Inikan pula dilakukan waktu negara dalam keadaan darurat. Kadangkala ada netizen yang mulanya marah apabila sektor kilang dibenarkan beroperasi, tetapi orang yang sama juga mengajak orang lain untuk berkumpul.
"Saya rasa mereka double standard. Kumpulan ini cuba memecahbelahkan dan menimbulkan perasaan tidak senang. Kemudiannya (selepas dijangkiti COVID-19) barulah mereka sedar bahawa varian Delta ini merebak dengan cepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama dekat sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: 400 peserta protes #Lawan, dihalang memasuki Dataran Merdeka
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata polis akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini termasuk penganjur untuk tindakan seterusnya.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata kehadiran beberapa tokoh atau pemimpin politik hanya mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej negara yang sedang berperang dengan pandemik COVID-19 ketika ini.
"Mereka bukan tokoh tapi ingin rosakkan negara. Saya tidak panggil mereka tokoh tetapi penghasut," katanya dan menambah tindakan susulan akan diambil dan diumum dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyampaikan sumbangan kira-kira 1,000 kotak makanan kepada penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Siputeh, Ulu Selama. Turut hadir Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani dan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Hamzah turut mengumumkan peruntukan segera kira-kira RM200,000 untuk pembelian kit ujian COVID-19 agar saringan secara besar-besaran dilakukan dengan segera di kawasan tersebut sekali gus mengawalnya daripada terus merebak.
Seramai 5,152 penduduk di empat kampung membabitkan Kampung Sungai Seputeh, Kampung Teluk Mas, Kampung Garok dan Kampung Tapah, di Ulu Selama terlibat dalam PKPD selama 14 hari bermula tengah malam 27 Julai hingga 9 Ogos.
[TERKINI] Perkembangan protes #LAWAN
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Menteri Dalam Negeri
#demonstrasi
#protes jalanan
#COVID-19
#Varian Delta
#Dataran Merdeka
#keluar dan lawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan