ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC).
Cabaran itu dibuat apabila agensi tersebut yang sebelum ini menjalankan siasatan ke atas Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) berkaitan isu rasuah menyebabkan penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.
Menurut Presiden KFA itu, ini kerana syarikat berkenaan bimbang sumbangan yang disalurkan kelak kepada KDA FC akan dikaitkan dengan isu berkenaan.
“Orang bukan faham KFA dan KDA FC berbeza, mereka tahu dua-dua (entiti) itu pasukan bola saja. Bila dibuat tangkapan dan dituduh rasuah di mahkamah sedangkan ia tidak berlaku, penaja lari kerana mereka kata ada rasuah.
"Saya cadangkan SPRM ambil alih pasukan bola sepak KDA FC sebab mereka pandai sangat, tentu boleh urus pasukan bola dan bayar gaji tertunggak pemain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas isu tunggakan gaji pemain KDA FC pada ketika ini yang didakwa belum dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, Sanusi tegaskan, sejak ditubuhkan pada 1924, pasukan bola sepak Kedah bergantung kepada tajaan untuk membayar gaji pemain, namun jika berterusan gagal mendapatkan tajaan, kemungkinan pasukan tidak dapat bersaing pada Liga Super musim hadapan.
"Suatu ketika dahulu bila tak ada duit, terpaksa tebang kayu balak nak dapat dana untuk biaya pasukan. Bila semua ini dikacau, seolah untuk beri gambaran buruk, pasukan bola sepak pun kena tempias dan terima nasib kurang elok.
"Dulu mereka kata saya suka cari gaduh. Siapa yang buat ketetapan terlalu tinggi hingga ke peringkat ini sehingga pasukan tak boleh bayar gaji, ada negeri lain tak boleh ikut rentak.
“Kalau syarat ketat tidak dilakukan, saya rasa keadaan ini tak berlaku,” tegasnya.
Sanusi berkata, perancangan Kedah untuk membina semula pasukan bola sepak terjejas dengan tindakan SPRM mengheret KFA dengan dakwaan rasuah.
"Kita buat elok dah, saya ambil alih empat tahun lalu, ketika itu selesai masalah hutang, boleh mula bayar gaji. Tiba-tiba mereka datang kacau macam itu, rosak habis semua rancangan hingga sekarang tak boleh bayar gaji," katanya lagi.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh lagi mencampuri urusan KDA FC kerana ia merupakan kelab swasta yang dimiliki individu serta diuruskan sebagai sebuah syarikat.
“Saya dimaklumkan pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pengurusan pasukan secepat mungkin.
"Ketika pasukan diurus bawah KFA, saya sudah tegaskan tidak akan guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji pemain sebab ini duit orang ramai. Bila sudah diswastakan jadi tanggung jawab syarikat tersebut untuk urus gaji," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Sanusi pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
AWANI Ringkas: Saranan kadar gaji minimum RM2,102
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf Hasnan & Nursyazwani Saiful Sham
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan City
Penyokong Arsenal cuba lancar serangan psikologi ke atas pemain City yang berkunjung ke utara London untuk aksi menentang Tottenham Hotspur.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.