awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sik disasar jadi hab tanaman padi huma

Bernama
Bernama
16/04/2024
21:30 MYT
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Muhammad Sanusi hadir bagi merasmikan Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat Sik semalam. - Foto Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman
SIK: Daerah Sik disasar menjadi hab tanaman padi huma di negeri ini sebagai langkah alternatif menambah bekalan beras putih tempatan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah itu.
"Padi huma atau padi bukit ini rasanya enak, harganya mahal sedikit... kita harap daerah Sik akan jadi hab padi huma untuk negeri Kedah bagi mempertingkatkan hasil padi dari negeri Jelapang Padi.
"Selain padi di kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan luar kawasan MADA, kita juga mengusahakan padi atas darat (padi huma)," katanya selepas merasmikan Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat sini semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Zakaria Othman dan Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang.
Menurut Muhammad Sanusi padi huma mempunyai pasaran dan permintaan tinggi dengan harganya mencecah antara RM40 hingga RM45 sekilogram.
"Saya difahamkan di Kuala Lumpur harganya mencecah RM50 sekilogram... permintaan tinggi terhadap padi huma di sana," katanya.
Beliau berkata penanaman padi huma di Lembah Radik dibuat secara tradisional dan kawasan lereng bukit juga sesuai dijadikan kawasan penanaman.
"Kita mempelawa penduduk Sik yang ada tanah terbiar... mungkin di celah-celah dusun durian yang baru ditanam, juga boleh diusahakan tanaman padi huma... benih boleh berhubung dengan LZNK," katanya.
Difahamkan, projek permulaan oleh LZNK itu membabitkan kawasan seluas setengah hektar dan akan diperluas kepada enam hektar bermula Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#sik
#padi huma
#Lembaga Zakat Negeri Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan