MALAYSIA
SAR pemandu jentera pengorek dihempap bongkah batu diteruskan hari ini

Lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi antaranya JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM terlibat dalam operasi pagi ini.
- Gambar fail/PDRM
KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu jentera pengorek yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan bongkah batu di tapak kuari di Raub memasuki hari ketiga, dengan kawasan pencarian diperluas.
Ringkasan AI
- Operasi SAR masuk hari ketiga untuk mencari pemandu jentera pengorek yang tertimbus dalam runtuhan bongkah batu di kuari Raub, dengan kawasan pencarian diperluas.
- Lebih 30 anggota pelbagai agensi terlibat, termasuk penggunaan anjing pengesan dan peralatan pengesan struktur; cabaran utama ialah batu besar dan tanah tidak stabil.
- Mangsa Mohammad Fazrul Illahi, 30, dipercayai dihempap selepas melompat keluar dari jentera, manakala tiga pekerja asing cedera dalam kejadian Sabtu lalu.
"Cabaran utama pasukan SAR adalah untuk mengalihkan batu-batu besar selain tanah dan batu tidak stabil di kawasan itu, meningkatkan risiko runtuhan semasa operasi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi antaranya JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM terlibat dalam operasi pagi ini.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan dihempap runtuhan bongkah batu ketika sedang mengendalikan jentera pengorek.
Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera sebelum dihempap, manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami