awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak beri elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk media

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
28/05/2021
11:39 MYT
Sarawak beri elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk media
Katanya, elaun bantuan khas itu melibatkan insentif berjumlah RM200 ke RM300 kepada petugas barisan hadapan.
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi elaun bulanan khas untuk tempoh enam bulan kepada petugas barisan hadapan.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian itu adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Sarawak dalam menguruskan pandemik COVID-19.
Katanya, elaun bantuan khas itu melibatkan insentif berjumlah RM200 ke RM300 kepada petugas barisan hadapan.
"Dalam hal ini, saya telah bersetuju supaya elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan untuk enam bulan.
"Kerajaan Sarawak akan membelanjakan lebih daripada RM27 juta untuk membayar bantuan ini," tambahnya pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan bantuan tunai RM1,500 secara one-off kepada pengamal media di Sarawak.
“Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan,” katanya.
Untuk rekod, sebelum ini kerajaan Sarawak turut menyalurkan bantuan sama kepada 600 pengamal media di Sarawak.
Topic Berkaitan
#elaun bantuan khas
#Abang Johari Tun Openg
#BKSS 6 0
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#petugas barisan hadapan
#petugas media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan