KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina makmal di setiap daerah bagi memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan anak muda di negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan untuk membina makmal itu dibuat setelah mengambil kira keadaan makmal di sekolah-sekolah di negeri itu yang kurang lengkap.
Beliau berkata makmal itu nanti boleh digunakan secara berkongsi antara sekolah dalam satu daerah.
"Saya dapati sekolah di Sarawak kini tidak mempunyai makmal lengkap melainkan Sekolah Sains. Makmal sangat penting terutamanya untuk pembelajaran biologi, kimia dan fizik.
"Makmal yang lengkap penting kerana pembelajaran melalui buku sahaja berbeza dengan secara praktikal," katanya berucap pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching di sini hari ini.
Abang Johari berkata selain memperkukuh pendidikan STEM di sekolah, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) sebagai usaha melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang mempunyai kemahiran dalam bidang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan untuk membina makmal itu dibuat setelah mengambil kira keadaan makmal di sekolah-sekolah di negeri itu yang kurang lengkap. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.

Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola yang cekap - PM
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Penjara Israel umpama neraka - Bekas tahanan
"Selamat datang ke neraka" itulah kata-kata yang dilontarkan seorang pegawal penjara rejim Israel kepada penduduk Palestin Fouad Hassan ketika dia di bawa ke penjara Megiddo, di Israel.

'Minta maaf, saya bipolar...' - Yasin
Muhammad Yasin Sulaiman meluahkan kesyukuran selepas 20 bulan berulang ke mahkamah akhirnya keputusan memihak kepadanya.

Wartawan perlu bersifat intelektual, bukan sebagai pelapor semata-mata
Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum.
AWANI Tonight: Monaco, M'sia hopes to enhance cooperation in conservation and sustainability
During his first official state visit in Malaysia, H.S.H. Prince Albert II of Monaco expresses hopes to strengthen ties and enhance collaboration, especially in areas of conservation and sustainability.

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
Sarawak telah menetapkan lima lagi kawasan daratan untuk diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan berkenaan menjelang 2025.

Tiga kementerian Persekutuan salur RM3.17 bilion kepada Sarawak - Dr Sim
Tiga kementerian Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM3.17 bilion tahun ini untuk program pembangunan dan dana operasi di Sarawak.

Sarawak negeri pertama amal keterangkuman dalam pendidikan awal kanak-kanak
Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan keterangkuman pendidikan awal kanak-kanak melalui dasar pintu terbuka yang diamalkan kerajaan negeri itu.

Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.

Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.

Kerjasama Persekutuan, Sarawak penting bagi jayakan SUKMA 2024 - Hannah Yeoh
Kerjasama erat antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan penting dalam menjayakan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Isu Palestin: Karim, Alexander bersemuka tangani perbezaan
Kedua-dua pihak sebelum ini dilihat seolah-olah berbalah, apabila Alexander dilihat menyokong pendirian NGO dan pembangkang.

Harga tiket penerbangan tinggi semasa perayaan, kerajaan cadang beri insentif
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata kerajaan memahami keluhan rakyat dalam isu itu setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing
Polis menahan 26 warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan perjudian dalam talian, menerusi tiga serbuan di sekitar bandar raya itu, minggu lepas.