NATIONAL
Sarawak dan Astro perkukuh kerjasama bidang media dan penyiaran

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Henry Tan pada Rabu. -Gambar Astro AWANI
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sarawak bagi merealisasikan hasrat negeri itu memantapkan sistem penyampaian maklumat yang berkualiti dan berintegriti.
Perkara berkenaan dibincangkan dalam kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, di sini.
Perbincangan berkenaan menjadi indikator kepada kesungguhan Sarawak dalam memastikan sistem penyampaian maklumat kekal berkualiti dan berintegriti demi rakyat.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Henry Tan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching -Gambar Astro AWANI
Pertemuan turut disertai Pengarah Bahagian Media Astro, Wong See Wei; Pengarang Urusan Astro AWANI, Ashwad Ismail; Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Datuk Norhyati Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak, Dr. Jeniri Amir dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Sarbini Hamdan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami