awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak galakkan pembinaan bangunan hijau - Abang Johari

Bernama
Bernama
19/09/2023
16:09 MYT
Sarawak galakkan pembinaan bangunan hijau - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Makan Malam Persidangan Persatuan Penilai ASEAN (AVA) ke-25 pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pemaju hartanah di negeri ini digalakkan untuk membina bangunan berasaskan Indeks Bangunan Hijau (GBI), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata langkah itu akan meningkatkan nilai bangunan dari segi perancangan bandar dan mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada penduduk.
"Ia adalah hasrat kita untuk mempunyai satu bandar yang tidak terlalu padat tetapi lebih meluas. Kita perlu mengawal ketinggian tertentu (bangunan) dan dari segi aliran trafik dalam kawasan tertentu itu," katanya ketika berucap pada makan malam sempena Persidangan Persatuan Penilai ASEAN (AVA) ke-25, di sini malam ini.
Beliau berkata persidangan itu merupakan platform yang sesuai bagi penilai mengumpul idea dan metodologi baharu untuk mentransformasi perancangan bandar dan mengukur nilai hartanah dalam bandar-bandar ASEAN.
"Saya pasti ASEAN boleh mempunyai satu metodologi yang sama dari segi menilai hartanah," katanya.
Abang Johari berkata prosedur perancangan standard dilaksanakan di Sarawak, khususnya di kawasan Kuching, bagi memastikan ia menjadi bandar yang mesra yang mempunyai infrastruktur asas bukan sahaja dari segi reka bentuk, malah dari aspek komunikasi dan pengangkutan.
"Jika anda mempunyai lokaliti yang bagus tetapi persekitaran tidak kondusif, harganya mungkin tidak setinggi seperti yang anda jangkakan," katanya.
Katanya Sarawak kini melaksanakan ekonomi hijau dengan penekanan terhadap alam sekitar berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 untuk mewujudkan bandar pintar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#bangunan hijau
#Abang Johari Tun Openg
#GBI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan